Seorang sahabat saya ada menceritakan pada saya suatu kisah yang menarik untuk tatapan kita bersama. Komen anda adalah dialu-alukan.
Suatu hari seorang suri rumah pergi ke pasar untuk membeli ketam bagi hidangan tengah hari.
Surirumah : Tauke ada jual ketam tak
Penjual : Ada, ada. Awak mahu ketam Cina ke , ketam Melayu
Surirumah : Hai, ketam pun ada beza-beza ke. Ada lain harga ke tauke
penjual : Harga tak ada beza, tetapi kita saja simpan tempat beza-beza.
Surirumah : Mana itu ketam Melayu? Mana itu ketam Cina?
Penjual : Ketam Cina saya simpan di dalam bekas bertutup itu. Ketam Melayu dalam besen
terbuka itu.
Surirumah : Itu macam ketam Cina ada bersihlah tauke, pasal lu kasih dia tutup. Ketam Melayu
lu tak tutup.
Penjual : Bukan itu macam la adik manis. Ketam Cina apabila satu ekor panjat itu tong,
ketam lain kasi perhati sama itu ketam dan dia kasi bantu itu ketam keluar. lain
ketam akan belajar macamana itu ketam boleh keluar. nanti seekor demi seekor
ketam-ketam itu akan habis keluar. Rugilah saya. sebab itu saya kasi tutup itu tong
Surirumah : Habis tu ketam Melayu tidak keluar ke tauke?
Penjual : Ketam Melayu, apabila satu ekor mahu panjat itu tong, ketam lain akan tarik dia
turun. Ketam lain tidak mahu ketam itu berjaya keluar. biar sama-sama duduk
dalam tong ini sampai orang beli. Itu sebab saya tidak tutup itu tong. saya tidak
bimbang ketam itu akan lari.
Surirumah : Oh! itu macam. Kalau macam itu bagai saya ketam Cina. saya mahu bagi anak saya
makan bagi dia orang semua bijak berfikir.
Apakah mesej yang hendak saya sampaikan di dalam cerita di atas:
Dalam perniagaan orang Cina, apabila seseorang peniaga itu ingin berjaya dengan berusaha mencari jalan kejayaan, orang lain akan memberi sokongan dan galakkan. Kalau pun tidak mereka akan memerhatikan dan belajar bagaimana mereka ini boleh berjaya dan mereka akan mengikut caranya untuk berjaya. Mereka akan bangga sekiranya bangsa mereka berjaya dan memperolehi kejayaan. mereka yang telah berjaya ini pula akan membantu mereka yang ingin berjaya dari segi moral, kewangan dan bantuan teknikal. Percayalah.
Dalam perniagaan orang melayu pula, apabila ada seseorang peniaga yang berusaha untuk maju ataupun telah maju di dalam perniagaannya, maka ada tangan-tangan yang ingin menariknya ke bawah. sebagai contoh seorang peniaga gerai makanan yang berjaya menarik ramai pelanggan telah disabotaj dengan kuasa ghaib ( bomoh ) supaya peniagaannya merosot oleh pesaing terdekatnya dengan alasan peniaga ini telah menggunakan kuasa yang sama untuk mensabotajnya. Peniaga Melayu yang telah berjaya juga jarang membantu pengusaha yang lain yang mula bertapak di dalam perniagaannya. Apa yang berlaku mereka lebih suka mengumpul harta dengan membeli rumah mewah, kereta mewah dan juga menambah isteri. Apakah mereka telah membayar zakat. Apakah yang terjadi dengan Persatuan peniaga-Peniaga Melayu berbanding dengan Pasatuan Peniaga-Peniaga Cina. Berapa banyakkah duit yang ada di dalam persatuan itu berbanding dengan persatuan Cina. Lu fikirlah sendiri.
Tuesday, July 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment