Selamat datang ke blog saya. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan bahan-bahan dan idea-idea mengenai usahawanan terutamanya berkaitan dengan pemasaran secara professional dan ilmiah.
Mengikut kajian di luar negara, 80% daripada syarikat-syarikat yang ditubuhkan pada hari ini hanya bertahan kurang dari 5 tahun. Apakah senario ini berlaku pada kita di Malaysia dan terutamanya pada peniaga orang Melayu. Kalau ya, apakah sebabnya. Ini kerana 80% peniaga di Malaysia bolehlah dikategorikan sebagai peniaga kecil dan ianya cuma menyumbang 20% saja dari KNK negara.
Saya mengalu-alukan sumbangan anda berbentuk tulisan, kajian ilmiah atau bukan ilmiah, bahan-bahan dari internet yang telah dialihbahasakan, ebook dan juga komen-komen membina anda demi menjayakan blog ini. Sebarang pengiklanan berbentuk jualan langsung dan insuran adalah tidak dibenarkan.
Marilah kita sama-sama menjayakan misi Melayu maju tanpa subsidi
Tuesday, July 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment